Sunday, 9 December 2018

Bahan bantu mengajar

Bahan Bantu Mengajar BBM 

GAMBAR 





BUKU RUJUKAN



NOTA



VIDEO


https://youtu.be/cuokRMnDVD8



https://youtu.be/O7IQ57dd2oo



PINTEREST 


POWER POINT
















aktiviti

Aktiviti Pelajar 

Permainan Bahasa 






GAMBAR RAJAH 




















Saturday, 8 December 2018

latihan pengukuhan

Latihan Pengukuhan 

KUIZ 





Kertas Lembaran Kerja 





Teka Silang Kata 



Latih Tubi 



Power Point 




Youtube  





















































Tuesday, 4 December 2018

Blog Pengajaran Bahasa Melayu






Arniati Yohanes Ola Abdullah
SB170604885
Bachelor Of Education (Bahasa Melayu)

ASPEK TATABAHASA


Rancangan Pengajaran Harian (RPH)  

Tarikh/ hari : Isnin 
Kelas : 1 Mawar 
M/pel: Bahasa Melayu 
Tajuk: Kata Adjektif  
Masa: 8.00am-9.00am
Bil.pelajar: 20 orang

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid akan dapat-  

1. Mengenalpasti jenis kata adjektif   

2. Memadankan kata adjektif dalam ayat tunggal 

3. Menggunakan kata adjektif dalam ayat tunggal   

Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari beberapa kata adjektif daripada institusi keluarga, pengalaman lepas, dan media sosial 

Konsep: Murid dapat memadankan kata adjektif dengan betul

Bahan:  Lembaran Kertas Kerja, Power Point, Pinterest, Kad Gambar, Model, Video, LCD, Powtoon, laman web Khan Academy, Komputer, LCD, Projektor   
              

Kemahiran: 1. Menyatakan padanan kata adjektif dalam ayat tunggal

                      2. Menulis ayat-ayat berdasarkan kata adjektif yang diberi



Rancangan Pengajaran Harian (Kata Adjektif)


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)
 Kata Adjektif:

        Warna
        Ukuran
        Bentuk
       Waktu
        Jarak
        Cara
        Perasaan
        Sifatan/ keadaan
        Pancaindera

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

           Power Point

           Video

           Pinterest

           Kad Gambar
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
1. Strategi:
           Penyoalan secara menyeluruh







2. Kemahiran:
    Menguji pengetahuan sedia ada murid berdasarkan pelajaran yang lepas, pengalaman, dan daripada institusi keluarga

Nilai:
         Berani mencuba

    Hormati pendapat rakan sebaya

1.Guru menggunakan power point untuk mempamerkan beberapa contoh kata adjektif.

2.Guru menggunakan video yang memaparkan situasi penggunaan kata adjektif.


3. Guru menggunkan pinterest untuk menilai pengetahuan asas pelajar. 

1.Murid menyebut jenis kata adjektif beserta contoh dengan betul  



2. Murid mengenalpasti dan menyenaraikan semua kata adjektif yang diperoleh daripada video

3. Murid menamakan dan memadankan objek/ gambar kepada pasangannya.  




Langkah/ Masa 
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Perkembangan
(15 minit)
Kata Adjektif:

          Waktu
          Jarak
          Cara

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

          Komputer

        Powtoon


          Kad Gambar
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
1. Strategi:

        Penyoalan secara menyeluruh.

2. Penggunaan teknologi dalam pedidikan mampu menarik minat pelajar untuk kekal fokus sepanjang sesi PdPc. 

3. Pembelajaran koperatif menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang di mana mereka dapat mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat dan mengelakkan sifat prejudis, stereotaip, dan perkauman.  

Kemahiran:

          Pelajar  dapat mempelajari kemahiran, teknik, dan pengalaman baru daripada aktiviti ini.

Nilai:  
 Saling Membantu  Bekerjasama
Kasih Sayang

1. Guru menggunakan teknik soal jawab untuk menguji kefahaman pelajar berkaitan kata adjektif waktu.

2. Guru menggunakan Powtoon untuk memperlihatkan pelbagai jenis kelakuan atau ragam subjek.

3. Guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan dan wakil kumpulan akan tampil ke hadapan untuk memilih kad yang disediakan.    

1. Pelajar memberi maklum balas secara individu.






2. Pelajar diminta untuk menghasilkan ayat menggunakan kata adjektif cara.

 3. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan satu situasi yang menggambarkan penggunaan kata adjektif cara seperti yang tertera pada kad yang diperoleh.


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Perkembangan
(15 minit)
Kata Adjektif:

    Warna
       Ukuran
       Bentuk

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

           Laman web “Khan Academy”

           Kad gambar


           Lembaran kerja
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Strategi:

       Menggunakan teknik-teknik pengajaran bahasa.

    Kaedah pujian dan peneguhan positif berupaya untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar untuk belajar.

    Penggunaan laman web khan academy amat efektif untuk menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar.

Kemahiran:

    Pelajar dapat menyumbang kepakaran serta bertukar-tukar pendapat untuk menjayakan aktiviti yang diberikan.

Nilai:

          Bekerjasama
      Hemah tinggi

1. Guru menggunakan teknik permainan bahasa dan mengarahkan pelajar duduk sebaris dalam kumpulan.










 2. Guru menggunakan laman web khan academy untuk menerangkan konsep dan penggunaan pelbagai istilah ukuran yang tepat mengikut konteks ayat.




3.Guru mengedarkan lembaran kertas kerja untuk diisi oleh pelajar.
  

1. Ketua kumpulan diberi tempoh masa tertentu untuk menghafal teks ringkas yang mengandungi kata adjektif warna, kemudian membisikkannya kepada ahli-ahli yang lain. Kumpulan yang berjaya meneka teks dengan betul akan mendapat hadiah.

2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan sebuah cerita yang mengandungi kata adjektif ukuran. Kemudian, cerita tersebut hendaklah diplot di atas kertas mah-jong dan dibentangkan di hadapan kelas.

3. Pelajar dikehendaki menjawab semua persoalan mengikut tempoh masa yang diberi.








Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Perkembangan
(20 minit)
Kata Adjektif:

        Perasaan
        Sifatan/ Keadaan,
        Pancaindera

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

           Model

           LCD


           Projektor  
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Strategi:

         Kepelbagaian teknik yang digunakan mampu menarik minat serta mewujudkan keseronokan ketika belajar.

      Situasi ini membantu untuk mengelakkan pelajar merasa bosan serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif di kelas.

      Penggunaan benda konkrit membantu mempromosikan pembelajaran autentik dalam kalangan pelajar.

Kemahiran:

        Pelajar dapat mengaitkan pelajaran dan pengalaman lepas kepada situasi sebenar.
   
Nilai:

        Sikap Keterbukaan
        Bertanggungjawab 


1. Guru menggunakan teknik main peranan dengan memberikan watak secara spontan untuk dilakukan oleh pelajar.

2. Guru memberikan pelajar beberapa jenis makanan yang berlainan rasa.  

3. Guru menggunakan teknik drama dengan memberikan setiap kumpulan tajuk lakonan untuk dilakonkan.

1. Pelajar akan melakonkan watak tersebut menggunakan bahasa badan dan beberapa klu-klu tertentu.





 2. Pelajar akan menyatakan jenis rasa tersebut serta menghasilkan ayat tunggal menggunakan istilah tersebut.




3. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan untuk membincangkan jalan cerita yang menarik lalu mempersembahkannya di hadapan kelas.

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  Pembelajaran
Catatan
Penutup  
        (5 minit)
Bahan Bantu Mengajar (BBM):

           Lembaran Kertas Kerja

           Buku Teks


           Ujian Diagnostik
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Strategi:

   Kuiz digunakan untuk menguji pemahaman serta penguasaan pelajar berkaitan kata adjektif.

    Teknik sumbangsaran melatih tahap kognitif untuk berfikir di luar kotak kemampuan (kritis dan analitis)

    Kaedah penyoalan socrates melatih pelajar untuk sentiasa berfikir “mengapa” dan “kenapa” untuk menangani  masalah yang kompleks.    

Kemahiran:

    Pelajar berupaya mengaplikasi kaedah 5W 1H dalam menjawab soalan KBAT.

           Mengasah kemahiran kognitif untuk berfikir secara kreatif dan kritis.   

Nilai:
  Nilai Kerajinan
             Nilai Berdikari 

1. Guru menggunakan teknik kuiz di akhir sesi PdPc.



 2. Guru  menggunakan teknik sumbangsaran dengan mengajukan  beberapa soalan berbentuk KBAT.

3. Guru menggunakan kaedah penyoalan Socrates kepada pelajar-pelajarnya.  

1. Pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz berdasarkan peruntukan masa yang diberi.

2.Pelajar diminta untuk memperincikan jawapan menggunakan model Benjamin Blooms Taksonomi.

 3. Pelajar diminta untuk menghasilkan sebuah dialog yang mengaplikasikan semua kata adjektif yang telah dipelajari di dalam kelas.